• Saya memulakan perniagaan dengan menjual perfume yang saya hasilkan dengan bau dan jenama saya tersendiri. Pada masa tu saya langsung tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan lebih-lebih lagi dalam perniagaan oem, tetapi setelah 7 tahun meninggalkan  bidang pekerjaan sebagai wakil perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi dan anak-anak pun sudah membesar, saya telah mencuba nasib untuk mempunyai perniagaan saya sendiri. Pada mulanya semua saya ingatkan sangat mudah untuk menjual produk secara online, hanya muat turun gambar produk didalam instagram dan facebook, boom!! Saya sudah mempunyai jualan yang tinggi dan berjaya. Rupanya telahan saya salah sama sekali. Perniagaan saya dilanda dengan berbagai masalah baik dari segi jualan dan hal dalaman syarikat.
  • Pada mulanya semangat saya untuk meneruskan peniagaan sudah mula luntur. Tetapi kerana modal yang banyak telah dikeluarkan saya teruskan juga menjual stok-stok perfume yang ada dengan bantuan agen-agen yang dilantik walaupun keuntungannya sangat sedikit dan mengalami kerugian kerana kos modal yang tinggi(waktu itu belum ada pengalaman untuk mengira kos). Oleh kerana minat mencuba itu masih lagi membara, saya cuba untuk mencari ilmu dlm bidang perniagaan secara online dengan menghadiri kursus dan seminar-seminar dari sifu-sifu motivasi yang bertauliah. Dari situ semangat saya untuk meneruskan peniagaan kembali berkobar-kobar. Timbulnya idea baru saya untuk menghasilkan produk kecantikan kerana minat mendalam saya dalam bidang kecantikan dan alat kosmetik sejak dari dulu. Saya mulakan dengan produk bedak asas dan pemerah pipi di mana dua item ini adalah benda yang penting untuk kebanyakan wanita yang ingin kelihatan jelita dan bersinar sepanjang masa tak kira berapa pun usia kita. Tagline yang saya gunakan untuk produk saya ialah ‘BEAUTIFUL AT ANY AGE’
  • Ramai wanita sekarang yang bekerjaya hatta yg sebagai suri rumah tangga sekalipun, ada yang sibuk di pejabat dan ada yang sibuk menguruskan rumahtangga dan mempunyai peniagaan kecil-kecilan dari itu masa memang sangat penting buat mereka ini. Walau sibuk bagaimana pun kita penampilan tetap kena jaga, kalau kita tidak mahu suami memandang wanita lain.
  • Produk yang saya hasilkan ini sesuai untuk semua jenis warna dan jenis kulit muka, dan sangat mesra solat dan wuduk. Kadang-kadang terutamanya wanita muslim selepas bersolat memang malas dan tiada masa untuk bermekap, tetapi dengan adanya 2 produk ini saya ini harapkan dapat menjimatkan masa wanita-wanita di luar sana untuk sentiasa nampak sempurna dan wajah yang bercahaya. Keyakinan itu sangat penting pada setiap wanita.
Close Menu